DANA KREATIF PERAK@PORT merupakan satu skim bantuan seni yang sistematik dengan memberi keutamaan kepada para pengkarya dan golongan usahawan bidang seni kreatif kelahiran Perak yang menghasilkan produk/menjalankan projek berkaitan seni kreatif tempatan dengan memberi keutamaan kepada kombinasi elemen tradisional dan moden/kontemporari ataupun elemen rentas disiplin.

Tujuan utama Dana Kreatif Perak@Port ini adalah untuk membantu menyokong pergerakan dan perkembangan penggiat seni. Penggiat seni di Perak yang layak akan menerima dana sehingga RM10,000.





OBJEKTIF DANA KREATIF PERAK

1. Meluaskan penciptaan karya dalam bidang seni dan kreativiti

2. Meringankan bebanan kos para penggiat seni untuk menyertai pameran, pementasan, konsert, bengkel dan forum di dalam dan di luar negara

3. Membantu menaikkan nama negeri Perak di peringkat nasional, serantau mahupun antarabangsa



KADAR BANTUAN

1. Bantuan akan diberikan sebanyak:

  • RM2,000 hingga RM10,000


2, Bantuan pembiayaan akan diberikan secara berperingkat iaitu:

40% selepas menandatangani kontrak
40% selepas laporan perkembangan gerak kerja dihantar ke PORT dan diluluskan
20% selepas laporan akhir dan bahan dokumentasi (foto dan video) program diserahkan kepada PORT



KATEGORI DANA

Dana akan diberikan kepada penggiat seni dalam kategori berikut:


1. Seni Visual

Seni Halus
Seni Fotografi
Seni Mural
Graffiti
Fesyen Kartun/ komik
Seni video
Filem Pendek
Kraftangan
Seramik


2. Seni Persembahan

Tarian
Teater
Puisidra
Monolog
Drama
Mime
Puppetry


3. Seni Muzik

Eksperimental
Independen
Brass Band
Nasyid
Buskers



SYARAT KELAYAKAN

1. Keutamaan kepada anak-anak seni kelahiran Perak termasuk yang mempunyai bapa kelahiran Perak

2. Para penggiat seni yang buka kelahiran Perak tetapi sudah bermastautin di Perak selama lebih daripada 5 tahun layak memohon

3. Had umur pemohon adalah 18 hingga 50 tahun

4. Keutamaan diberikan kepada proposal yang khusus memberi manfaat dan impak kepada kolektif, kumpulan mahupun persatuan ataupun kepada khalayak awam secara amnya

5. Pemohon mesti mengemukakan portfolio atau CV lengkap untuk membuktikan penglibatan di dalam bidang seni dan kreatif selama lebih dari 3 tahun

6. Setiap proposal mestilah di dalam Bahasa Melayu ataupun Bahasa Inggeris sahaja

7. Logo Dana Kreatif Perak@Port beserta Logo PORT wajib dipaparkan di dalam semua bentuk cetakan dan promosi projek

8. Setiap proposal akan dinilai Jawatankuasa Panel Penasihat yang dilantik khas. Sebarang keputusan adalah muktamad





CARA PERMOHONAN

Sila buat permohonan dengan sediakan proposal yang lengkap kemudian emel ke alamat berikut:

  • danakreatifperak@gmail.com

Atau hantar ke alamat berikut:

PORT (Kampung Karyawan Amanjaya)
Kampung Karyawan Amanjaya Sdn Bhd
No.19, Jalan Sultan Azlan Shah,
31400 Ipoh Perak
U/P: Cik Dayana Khalid


Proposal hendaklah dihantar ke alamat yang ditetapkan sebelum 26 Disember 2021. Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi Cik Dayana Khalid di talian 05 241 2287.