Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) terus menerima peruntukan terbesar iaitu sejumlah RM52.6 bilion atau 16 peratus daripada keseluruhan anggaran perbelanjaan Persekutuan dalam Bajet 2022. Sementara itu, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) pula diperuntukkan sejumlah RM14.5 bilion.

Menteri Kewangan, Tengku Zatuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, kerajaan juga bersetuju menyediakan Bantuan Awal Persekolahan sebanyak RM150 bagi meringankan beban ibu bapa menyediakan kelengkapan sekolah anak-anak. Sejumlah RM450 juta diperuntukan yang dijangka memanfaatkan tiga juta murid yang layak.






KADAR BANTUAN

Kadar bantuan yang akan diperuntukkan kepada murid yang layak ialah :

  • RM150 seorang





Bagi tahun 2022, kerajaan bersetuju untuk menyediakan Bantuan Awal Persekolahan sebanyak 150 ringgit iaitu meningkat berbanding RM100.


“Tidak ada yang lebih menggembirakan buat anak-anak apabila dapat kembali semula ke sekolah secara bersemuka bersama rakan. Setiap awal tahun, tentunya ibu bapalah yang paling sibuk menyediakan kelengkapan sekolah anak-anak. ” katanya dalam pembentangan Bajet 2022 hari ini.