ALOR SETAR: Kerajaan negeri meluluskan bantuan khas kewangan kepada semua penjawat awam dan anggota pentadbiran negeri sebagai menghargai amanah dan tanggungjawab yang ditunaikan walaupun dalam suasana Perintah Kawalan Pergerakan(PKP).

Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor ketika membentangkan Bajet Kedah 2022 bertemakan 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' di Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini, berkata kerajaan melihat penjawat awam tetap menunaikan amanah dan tanggungjawab walaupun dalam suasana kerja terhad dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).





KADAR BANTUAN

Kadar bantuan khas kewangan yang disediakan untuk penjawat awam adalah sebanyak :

  • RM1,000


Tahun 2021 menyaksikan pelbagai cabaran dan dugaan yang melanda negeri Kedah. Seluruh jentera pentadbiran awam negeri sentiasa bekerjasama dan memberi komitmen yang tinggi semasa pengurusan bencana ketika krisis pandemik COVID-19.


Sehubungan itu, Muhammad Sanusi mengharapkan pemberian itu dapat menyuntik semangat semua penjawat awam negeri untuk terus meningkatkan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.