Semasa membentangkan Belanjawan 2022 yang bertemakan “Keluarga Malaysia, Makmur Sejahtera” hari ini, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mengumumkan bahawa sumbangan daripada Kerajaan sebanyak 15 peratus sehingga jumlah maksimum RM250 untuk setiap ahli secara tahunan untuk i-Saraan, akan diperluaskan kepada individu yang berumur antara 55 hingga 60 tahun. 

i-Saraan merupakan program caruman sukarela dengan insentif kepada individu yang bekerja sendiri dan pekerja sektor tidak formal bagi membuat simpanan persaraan. Sehingga kini, seramai 356,791 orang ahli KWSP telah berdaftar di bawah program tersebut.





I-SARAAN KWSP

Caruman KWSP padanan 15% sehingga RM250 bagi bekerja sendiri





Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menyokong langkah-langkah Kerajaan yang dibentangkan dalam Belanjawan 2022 ke arah menggalakkan pemulihan ekonomi, peningkatan mata pencarian serta memacu peluang pekerjaan, yang memberi ruang kepada rakyat Malaysia untuk membina semula dana persaraan mereka.