Program Perumahan Rakyat adalah satu program kerajaan untuk penempatan semula setinggan dan memenuhi keperluan tempat kediaman bagi golongan berpendapatan rendah (B40). Jabatan Perumahan Negara, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan adalah agensi pelaksana utama bagi projek-projek PPR di seluruh Malaysia. PPR terdiri daripada 2 kategori iaitu PPR Disewa dan PPR Dimiliki.

Semua rumah yang dibina di bawah kedua-dua program PPR Dimiliki dan PPR Disewa akan menggunakan spesifikasi perancangan dan reka bentuk perumahan kos rendah yang ditetapkan oleh Standard Perumahan Kebangsaan Bagi Perumahan Kos Rendah Rumah Pangsa.





CIRI-CIRI PPR

1. Kawasan bandar-bandar besar: Jenis rumah bertingkat antara 5-18 tingkat

2. Kawasan pinggir bandar: Jenis rumah teres

3. Keluasan: Tidak jurang daripada 700 kaki persegi

4. Binaan – 3 Bilik Tidur, 1 Ruang Tamu, 1 Ruanf DApur, 2 Bilik Air

5. Kemudahan Asas:

  • Dewan Komuniti/ Ruang Orang Ramai
  • Surau / Ruang Solat
  • Gerai Makan / Ruang Niaga
  • Tadika
  • Kemudahan OKU
  • Taman Permainan/ Kawasan Lapang
  • Rumah Sampah


KATEGORI RUMAH PPR


1. Projek PPR (Disewa)

  • Bertujuan untuk disewakan kepada golongan sasaran (golongan yang berpendapatan rendah dan setinggan) pada kadar RM124.00 sebulan.


2. Projek PPR (Dimiliki)

  • Bertujuan untuk membolehkan golongan yang perpendapatan rendah berpeluang untuk memiliki rumah sendiri. 
  • Rumah-rumah PPR Dimiliki dijual pada harga RM 35,000 seunit di Semenanjung Malaysia dan RM42,000 seunit di Sabah dan Sarawak.


SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

1. Warganegara Malaysia

2. Berumur 18 tahun ke atas

3. Pendapatan isi rumah di bawah RM3,000 sebulan

4. Permohon belum memiliki rumah

5. Mengikut syarat-syarat tambahan yang ditetapkan oleh kerajaan negeri



CARA PERMOHONAN 

Terdapat 2 kaedah yang telah disediakan bagi membuat permohonan Program Perumahan Rakyat (PPR).


1. Secara Manual


 
2. Secara Atas Talian



NOTA :
Prosedur permohonan, syarat kemasukan dan kaedah pemilihan adalah mengikut negeri masing-masing.