Pihak kerajaan Negeri Sabah telah mengumumkan bantuan pelajar Sabah pada tahun 2021 iaitu Bantuan Tunai Pendaftaran Institusi Pengajian Tinggi (Budi) dan Bantuan Khas Tunai Peperiksaan (Bakti).

Bantuan ini diberikan khas untuk pelajar kelahiran Sabah yang melanjutkan pengajian ke IPT dan pelajar sekolah dalam kategori yang layak. Pemberian bantuan-bantuan ini membabitkan peruntukan RM12 juta bagi memudahkan anak-anak Sabah untuk meneruskan pembelajaran tanpa masalah kewangan.





KADAR BANTUAN

Pelajar IPT yang layak akan diberikan bantuan secara one-off :

  • RM 2, 000 seorang


TARIKH PERMOHONAN

Tarikh permohonan bantuan BUDI adalah pada Mac hingga 30 Oktober 2021



SYARAT KELAYAKAN

  • Pelajar melanjutkan pengajian ke Institut Pengajian Tinggi Awam/ Swasta Tahun 2021 untuk kemasukan kali pertama ke IPT di seluruh Malaysia (Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia) dan diiktiraf oleh kerajaan
  • Warganegara Malaysia berasal dari Sabah
  • Berumur tidak lebih 25 tahun
  • Melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana Muda sahaja
  • Ibu bapa pemohon atau penjaga merupakan dalam golongan B40 dan M40 dengan pendapatan RM5,000 dan ke bawah
  • Pelajar yang telah mendapat tajaan Biasiswa Kerajaan Negeri atau mana-mana institusi lain tidak layak mendapat bantuan BUDI
  • Pemohon yang melanjutkan pengajian ke IPTS, IPT tersebut mestilah diiktiraf oleh kerajaan
  • Pemohon bantuan BUDI hendaklah mendapatkan pengesahan kemasukan (telah mendaftar) di IPT masing-masing



CARA MEMOHON

Kepada pelajar IPT Sabah yang memerlukan bantuan BUDI, sila buat permohonan melalui :



Dokumen Sokongan 

  1. Salinan Surat beranak (Pemohon dan ibu bapa /penjaga)
  2. Salinan Kad Pengenalan (Pemohon dan ibu bapa/penjaga)
  3. Salinan Slip gaji ibu bapa/penjaga (jika ada pekerjaan) atau surat pengesahan pendapatan daripada Pegawai Daerah/Ketua Kampung
  4. Salinan Slip keputusan SPM/STPM/STAM/DIPLOMA
  5. Salinan Surat Tawaran Kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang berkenaan.
  6. Salinan muka depan Penyata Akaun pemohon

NOTA :

Perkara 1 & 2 hendaklah disahkan benar oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
Perkara 3 hendaklah disahkan benar oleh Majikan/Pegawai Daerah/Ketua Kampung
Perkara 4 hendaklah disahkan benar oleh pihak pendidikan/sekolah atau Institusi yang berkenaan



MAKLUMAT LANJUT

Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkenaan Bantuan Tunai Pendaftaran IPT (BUDI), anda boleh berhubung dengan saluran berikut:

Pejabat Menteri Tugas-Tugas Khas
Aras 29, Blok A, Pejabat Pentadbiran Negeri Sabah
Jalan Sulaman, Teluk Likas
88400 Kota Kinabalu

Tel: 088 369 865/ 088 369 890/ 088 369872