
Inisiatif Data Internet Selangor (DIS) adalah merupakan sebuah inisiatif daripada Kerajaan negeri Selangor dengan kerjasama penyedia perkhidmatan telekomunikasi bertujuan memberi bantuan kad SIM. Tawaran Data Internet Selangor PERCUMA selama 12 bulan disediakan khusus kepada semua golongan yang merupakan penduduk Selangor.
Selama 12 bulan, penerima yang melanggani pakej data internet yang ditawarkan di bawah program DIS akan diberikan data internet secara percuma berdasarkan kuota yang diperuntukkan untuk tempoh 12 bulan.
BACA JUGA : [SEMAK SHOPEEPAY ANDA] BAUCER SHOPEE BERNILAI RM200 DIKREDITKAN SECARA AUTOMATIK KEPADA RAKYAT MALAYSIA
MANFAAT DATA INTERNET SELANGOR
1. Golongan sasaran akan diberikan data internet secara percuma berdasarkan kuota yang diperuntukkan untuk tempoh 12 bulan
2. Golongan sasaran adalah penduduk bermastautin di Selangor dan termasuk dalam kategori-kategori yang dinyatakan
TARIKH PENYERAHAN
Tarikh penyerahan kad sim: 1 Oktober 2021
GOLONGAN SASARAN
Berikut adalah senarai golongan sasaran yang layak buat permohonan Data Internet Percuma Selangor:
- Pusat Khidmat DUN
- Pelajar (Yayasan Selangor & PTRS)
- Peniaga Dalam Talian
- Petani
- Peniaga Kecil & Rider e-Hailing
- Belia (UNISEL, STDC & KUIS)
- Ibu-ibu Tunggal
- Ketua Kampung Tradisi & SU
- Ketua Kampung Bagan/Baru & SU
- Ketua Komuniti India & SU
- Nazir, Imam, Bilal, Siak & Penceramah Agama Bertauliah
- Ibu-ibu Tunggal
- Orang Asli
PAKEJ LANGGANAN PERCUMA DITAWARKAN
Berikut adalah tiga pakej langganan Data Internet Selangor PERCUMA :

CARA PERMOHONAN
Sila rujuk laman web berikut bagi individu yang memerlukan bantuan Data Internet Selangor Percuma :
Pemohon akan dihubungi oleh syarikat telekomunikasi pilihan anda sebelum 1 Oktober 2021.
Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, anda boleh terus ke laman dis.borangmbiselangor.com atau hantarkan emel ke alamat dis@mbiselangor.com.my
0 Comments