Menurut Belanjawan 2021 yang dibentangkan tempoh hari oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, berkata pihak kerajaan telah bersetuju untuk menambah baik kebajikan dengan menaikkan kadar bantuan kanak-kanak daripada RM100 kepada RM150.

Bantuan Orang Tua/Warga Emas (BOT) adalah merupakan bantuan wang ringgit sebanyak RM150 sehingga RM200 sebulan yang diberikan oleh pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kepada kanak-kanak bagi meneruskan kelangsungan hidup dalam masyarakat untuk tahun 2021.

Walau bagaimanapun, Pihak JKM akan membuat semakan terlebih dahulu sebelum meluluskan permohonan daripada pemohon untuk memastikan hanya yang layak dan memerlukan sahaja yang menerima bantuan ini.





KADAR BANTUAN KANAK-KANAK (BKK)

Minimum  sebanyak RM150 sebulan seorang sehingga maksimum sebanyak RM1000 sebulan  mengikut pecahan berikut :


1. RM200

Seorang bagi anak berumur 6 tahun & ke bawah 


2. RM150 

Seorang bagi anak berumur 7 tahun hingga 18 tahun (kadar lama RM 100 setiap anak)


3. RM1,000 maksimum

Isi keluarga sebulan (kadar lama maksima RM 450 sahaja bagi anak melebihi 4 orang)



SYARAT KELAYAKAN


1. Warganegara dan bermastautin di Malaysia.

2. Keluarga/ penjaga yang memberi jagaan kepada kanak-kanak dan pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata  Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa.

3. Kanak-kanak yang berumur di bawah 18 tahun dan yang berumur 18 tahun ke atas boleh dipertimbangkan jika bersekolah sehingga tamat menengah atas.

4. Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat (KPKM).


Pelaksanaan bantuan kebajikan adalah selaras dengan Senarai Bersama (Concurrent List) antara Kerajaan persekutuan dengan Kerajaan Negeri, yang termaktub dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia di bawah senarai 3 - jadual kesembilan Senarai Perundangan.



CARA PERMOHONAN

Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa borang yang berkaitan beserta dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian.


Borang Yang Berkaitan :



Dokumen Sokongan :
  • Salinan Kad Pengenalan Pemohon
  • Salinan Kad Pengenalan Suami/Isteri/Ibu/Bapa/Anak yang tinggal bersama
  • Salinan Sijil Kelahiran Anak-Anak / Ahli Keluarga yang tinggal bersama
  • Salinan Penyata Gaji (jika ada)


Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi pihak JKM di talian 03 – 8000 8000 atau emel di helpdesk.ebantuan@jkm.gov.my