SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan telah memperuntukan lebih RM1.71 juta dalam bentuk tunai one-off, diskaun dan rebat bagi membantu penggiat industri pelancongan di negeri ini yang terjejas sepanjang tempoh pandemik Covid-19 yang melanda.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, bantuan dan insentif tersebut disalurkan kerana kerajaan negeri menyedari sektor pelancongan menghadapi cabaran besar ekoran kekurangan pelancong dan pengunjung sekali gus mengakibatkan kekangan kewangan bagi menampung kos pengoperasian.





INSENTIF BANTUAN INDUSTRI PELANCONGAN NEGERI SEMBILAN

1. Bantuan tunai one-off kepada Persatuan Pelancongan Peringkat Negeri sebanyak RM2,000. 

Persatuan yang akan mendapat manfaat ini adalah Malaysia Association of Hotel (MAH NS), Malaysia Budger & Business Hotel (MyBHA NS), Malaysia Association of Tours & Travel Agent (MATTA) dan Bumiputera Travel & Tour Agents Association of Malaysia (BUMITRA)


2. Bantuan tunai one-off sebanyak RM2,000 kepada Pengurusan Rumah Inap atau Homestay yang masih aktif dan berdaftar dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC). 

Sebanyak 7 buah Pengurusan Rumah Inap yang masih aktif dalam Negeri Sembilan akan mendapat manfaat ini iaitu:
– Homestay Pelegong, Seremban
– Homestay Lonek, Jempok
– Homestay Rawa, Lenggeng
– Homestay Pachitan, PD
– Homestay Kuala Klawan, Jelebu
– Homestay D’ Pelanduk Best, PD
– Homestay Kampung Dg Buloh, Jelebu


3. Bantuan tunai kepada Pemandu Pelancong Negeri Sembilan yang berdaftar dengan MOTAC sebanyak RM250 

4. Diskaun dan rebat Cukai Taksiran bagi segmen penginapan dan hotel sebanyak 50% bagi penggal kedua tahun 2021. Insentif ini dijangka akan melibatkan peruntukan Kerajaan Negeri lebih RM1.51 juta

5. Diskaun atau rebat bagi Fi atau Lesen Perniagaan segmen penginapan dan hotel sebanyak 50% bagi tahun 2022.



CARA PERMOHONAN

1. Sediakan semua dokumen yang diperlukan seperti berikut :

  • Salinan kad pengenalan
  • Nombor pendaftaran Keahlian Persatuan & Salinan Kad Keahlian/ Sijil Keahlian
  • Nombor Akaun dan Salinan Penyata Akaun

2. Hantar permohonan anda bersama semua dokumen yang diperlukan melalui alamat emel berikut :

  • lembagapelancongan@ns.gov.my

3. Sila letakkan tajuk berikut pada subjek emel:

PERMOHONAN BANTUAN ONE-OFF PELANCONGAN NEGERI SEMBILAN BAGI KATEGORI __________


Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan di talian 06 765 9734