Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri diwujudkan untuk memberi perlindungan kepada individu yang menjalankan pekerjaan sendiri di bawah peruntukan Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017. Skim ini memberi perlindungan kepada orang berinsurans bekerja sendiri daripada bencana pekerjaan termasuk penyakit pekerjaan dan kemalangan semasa menjalankan aktiviti pekerjaan.

Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) menyasarkan untuk memperluaskan perlindungan sosial kepada 200,000 pekerja aktif daripada kategori Orang Bekerja Sendiri (OBS) menjelang akhir tahun ini.





GOLONGAN SASARAN

Antara golongan orang Bekerja Sendiri (OBS) yang disasarkan menerima inisiatif ini ialah ;

  • Delivery Riders dengan jumlah sasaran penerima seramai 40,000 orang

Delivery Riders adalah merujuk kepada pekerja sendiri yang melaksanakan aktiviti penghantar barangan ataupun makanan dengan menggunakan motosikal, basikal atau berjalan kaki



KADAR BANTUAN

Bantuan kerajaan yang disalurkan kepada OBS melalui SPS Lindung adalah berbentuk pembiayaan penuh terhadap caruman SKSPS.

Berikut merupakan empat jenis pelan bayaran caruman SKSPS ;





Pelan caruman ini adalah pelan caruman kedua iaitu sebanyak RM232.80 untuk tempoh perlindungan setahun.



MANFAAT SPS LINDUNG





SYARAT KELAYAKAN

  • Warganegara Malaysia / Pemastautin tetap
  • Tanpa mengira had umur
  • OBS bekerja sendiri di bawah kategori Delivery Riders
  • Bekerja sepenuh masa ATAU separuh masa
  • OBS bekerja di Malaysia



CARA PERMOHONAN

Permohonan untuk SPS Lindung ini boleh dibuat menerusi :

  • Permohonan terus ke pejabat PERKESO
  • Melalui Platform Penyedia Perkhidmatan masing-masing


Dokumun Diperlukan

Dokumen yang diperlukan adalah;

1. Salinan kad pengenalan

2. Profil ID pekerja OBS daripada Platform Penyedia Perkhidmatan

3. Salinan lesen motorsikal

4. Salinan pendaftaran di bawah platform penyedia perkhidmatan ekonomi yang berkaitan bagi OBS yang menggunakan basikal dan pejalan kaki



SEMAK STATUS KELAYAKAN

OBS yang layak boleh membuat semakan kelayakan atau kelulusan penyertaan program ini melalui;

1. Sistem Matrix matrix.perkeso.gov.my iaitu melalui status pengesahan bekerja sendiri

2. Permohonan di 54 kaunter pejabat PERKESO di seluruh negara


OBS yang berjaya menyertai program SPS Lindung akan menerima notifikasi pengesahan melalui email


MAKLUMAN :

Tarikh kuatkuasa SPS Lindung ini adalah pada 1 Januari 2021 hingga 31 Disember 2021. Dan, tarikh perlindungan OBS di bawah SPS Lindung bermula pada masa pendaftaran yang disahkan oleh pihak PERKESO.



MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pegawai Perkhidmatan Pelanggan PERKESO menerusi talian 1-300-22- 8000 ATAU emel kepada perkeso@perkeso.gov.my