Bantuan Khas Taska berjumlah RM3,000 akan diberikan kepada 4,400 pengusaha taman asuhan kanak-kanak (TASKA) di bawah seliaan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Bantuan itu turut membabitkan, 8,000 pengusaha taman didikan kanak-kanak (TADIKA) swasta seliaan Kementerian Pendidikan.

Pemberian bantuan itu dapat digunakan untuk pelbagai tindakan antaranya keperluan sanitasi dan pembelian peralatan nyah kuman bagi memastikan kebersihan dan keselamatan anak-anak yang ditempatkan di pusat asuhan dan tadika.

 



KADAR BANTUAN

Bantuan Khas Taska akan diberikan sebanyak:

  • RM3,000 untuk TASKA Institusi, TASKA di Tempat Kerja dan TASKA Komuniti
  • RM800 untuk TASKA di rumah


TARIKH PERMOHONAN

Permohonan Bantuan Khas TASKA boleh dibuat sepanjang tempoh berikut:

  • 19 Julai 2021 hingga 31 Ogos 2021


KATEGORI TASKA

Berikut adalah kategori TASKA yang boleh buat permohonan:

1. TASKA Institusi

2. TASKA Di Tempat Kerja

3. TASKA Komuniti

4. TASKA Rumah



CARA PERMOHONAN

1. Sila muat turun borang permohonan dan senarai semak daripada laman web JKM atau yang telah disediakan seperti berikut :


2. Kemaskini maklumat dalam sistem Pusat Data Kanak-Kanak Kebangsaan (NCDC)

3. Pastikan dokumen-dokumen sokongan disahkan di Pejabat Kebajikan Masyarakat

4. Buat temu janji JKM untuk kemukakan dokumen permohonan seperti yang dinyatakan dalam senarai semak.



Bantuan akan disalurkan oleh JKM menerusi pindahan wang secara Electronic Funds Transfer ke dalam akaun bank atas nama TASKA.


Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan berkenaan Bantuan Khas TASKA PEMULIH, anda boleh hubungi Pejabat Kebajikan Masyarakat Negeri/ Daerah / Bahagian/ Cawangan yang berdekatan.