PUTRAJAYA: Kerajaan memperkenalkan kemudahan pengeluaran baharu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) iaitu i-Citra dengan 12.6 juta ahli boleh membuat pengeluaran sehingga RM5,000 dengan kadar bayaran tetap RM1,000 sebulan untuk tempoh lima bulan tertakluk kepada jumlah simpanan KWSP ahli.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata pelaksanaan i-Citra dijangka dapat menyalurkan RM30 bilion kepada rakyat untuk menampung keperluan harian. Sebelum ini, pihak kerajaan telah melaksanakan program i-Lestari dan i-Sinar untuk membantu rakyat dalam menangani cabaran sepanjang pandemik Covid-19.





TARIKH PENGELUARAN I-CITRA KWSP

Pembayaran pertama dijangka akan dikreditkan dalam akaun ahli bermula pada : 

  • bulan Ogos 2021


HAD PENGELUARAN SIMPANAN I-CITRA

Untuk makluman, seramai 12.6 juta ahli pencarum KWSP yang boleh membuat pengeluaran sebanyak :

  • Sehingga RM5,000 maksimum

Kadar bayaran RM1,000 sebulan selama tempoh 5 bulan (tertakluk kepada jumlah simpanan ahli KWSP)



CARA PERMOHONAN I-CITRA

Ahli pencarum boleh membuat permohonan bermula pada 15 julai 2021 menerusi laman web dalam talian i-Citra di :

  • icitra.kwsp.gov.my (akan dibuka 15 julai)


Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ini merupakan keputusan sukar kerana kerajaan sedar kerana ia simpanan hari tua rakyat, dan penyelesaian i-Citra mengambil jalan tengah antara keperluan mendesak hari ini dan pulangan yang wajar bagi ahli-ahli KWSP yang tidak memerlukan pengeluaran.