
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah mengumumkan untuk tarikh pembayaran i-Sinar bagi bulan Jun. Untuk pembayaran bulan Mei, ahli-ahli KWSP telah pun menerima pembayaran penuh pada bulan tersebut mengikut batch masing-masing dan telah dikreditkan ke akaun bank setiap pencarum.
Seperti yang kita tahu, bayaran iSinar akan dibuat dalam tempoh sehingga 6 bulan. Bermakna selepas 6 bulan kita menerima duit i-Sinar, tiada lagi bayaran yang akan diterima selepas itu.
BACA JUGA : MAJIKAN TERKEMUKA MENAWARKAN PELUANG PEKERJAAN KHAS UNTUK YANG BELUM BEKERJA DENGAN GAJI SERENDAH RM3,000
TARIKH BAYARAN I-SINAR KWSP
Bayaran i-Sinar bulan Jun akan dibuat secara berperingkat mulai minggu pertama hari bekerja, iaitu dijangka :
- Dari 1 Jun sehingga 10 Mei 2021.
Pengkreditan amaun ke akaun bank adalah dalam masa 1-5 hari bekerja bergantung kepada bank masing-masing.

MAKLUMAT PEMBAYARAN I-SINAR
Bayaran bulanan i-Sinar biasanya ditetapkan seperti yang berikut:
- Tempoh seperti bayaran tarikh bulan peratama (jika bayaran pertama pada 6 Mac, bulan seterusnya juga anda akan dapat pada 6 April, 6 Mei dan juga pada 6 Jun jika ianya jatuh pada hari bekerja)
- Maksimum dalam teempoh 2 minggu ; ATAU
- Sebelum akhir bulan
SEMAKAN TARIKH AKHIR BAYARAN I-SINAR
Sila buat semakan tarikh akhir penerimaan bayaran i-Sinar pada bahagian ‘Monthly Recurring End Payment Date’ di i-Akaun KWSP :
SEMAKAN STATUS I-SINAR MELALUI I-AKAUN
Sila layari laman web berikut untuk membuat semakan status i-Akaun :
TARIKH AKHIR UNTUK MEMBUAT PERMOHONAN PENGELUARAN I-SINAR
Tarikh akhir permohonan adalah pada 30 Jun 2021
MAKLUMAT LANJUT
Untuk maklumat lanjut berkaitan permohonan i-Sinar KWSP, anda boleh hubungi :
Hotline i-Sinar : 03-8922 4848
Rujuk soalan berkenaan i-Sinar di laman web : isinar.kwsp.gov.my
0 Comments