
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan melalui PEMERKASA bahawa golongan B40 akan menerima bantuan tunai secara one off sebanyak RM500 sementara penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) berpendapatan RM1,000 ke bawah akan menerima bayaran tambahan sebanyak RM500 mulai Jun ini.
Beliau juga memaklumkan bahawa bantuan melibatkan peruntukan RM1.2 bilion kepada 2.4 juta penerima itu adalah antara inisiatif di bawah Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) bagi membantu golongan kehilangan pendapatan.
BACA JUGA : PERMOHONAN BANTUAN RM1,000 KHAS UNTUK PENIAGA E-DAGANG DAN DROPSHIP DALAM GOLONGAN WANITA

BANTUAN RM500 ONE OFF
- Bantuan RM500 one-off kepada golongan B40 yang hilang pendapatan
- Bayaran tambahan RM500 kepada penerima BPR yang berpendapatan RM1,000 dan ke bawah
Bantuan ini melibatkan penerima yang berumur 21 tahun hingga 60 tahun
TARIKH BAYARAN BANTUAN RM500 ONE OFF
Tarikh bayaran RM500 untuk B40 yang hilang punca pendapatan dan penerima BPR yang layak ini dijangka akan disalurkan ke akaun masing-masing pada :
- Mulai bulan Jun 2021
CARA MEMOHON BANTUAN
- Bantuan RM500 secara one off tidak melibatkan proses pendaftaran permohonan.
- Pengesahan kehilangan pendapatan dan semakan silang dibuat melalui sistem Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).
- Individu berstatus bankrap juga akan diberi kelonggaran untuk membuka akaun bank secara dalam talian bagi memudahkan mereka menerima bantuan kerajaan melalui permohonan e-mel kepada Jabatan Insolvensi yang mentadbir kes mereka.
Sebarang bantuan tunai yang dikreditkan tidak akan mengalami sebarang potongan ansuran bulanan. Semakan boleh dibuat apabila tarikh bayaran diumumkan kelak.
3 Comments
Bantuan yg terbaik mcm sy pun dh kehilangan kerja sy skrg x boleh buat kerja syarikat x nk ambil pekerja dh apa yg kerajaan itu yg terbaik sy sebangai rakyat mlysia setuju dgn PM dn kerajaan PN.
ReplyDeletekenapa rebat RM300 tu hanya utk ketua keluarga.. isteri tak layak
ReplyDeleteI lost my job and l am 64 years old ,l dont have epf ,l am a widow. I did not get anything from socso as my husband died of heart attack. So who is going to pay me
ReplyDelete