Melalui Belanjawan 2021,kerajaan akan meneruskan inisiatif pengambilan pekerja di bawah PERKESO yang kini dikenali sebagai PENJANAKERJAYA PERKESO 2021.

Penjanakerjaya ini merupakan salah satu program di bawah Kementerian Sumber Manusia atau kata lainnya PERKESO untuk memberi peluang menambah pengalaman bekerja jangka pendek sepenuh masa sekurang-kurangnya 3 bulan bekerja kepada belia.

Selain itu, program ini membolehkan golongan belia yang menganggur serta tidak mempunyai kerja tetap untuk menimba pengalaman bekerja bagi meningkatkan kemahiran melalui on-the-job training.

Program ini juga telah ditambahbaik dengan memberi insentif sehingga RM1,000 sebulan kepada majikan untuk memberi gaji kepada belia bagi meningkatkan peluang pengambilan belia bekerja.









Berikut merupakan maklumat-maklumat mengenai pendaftaran Program PenjanaKerjaya 2.0 :


OBJEKTIF PROGRAM

Bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran belia dalam alam pekerjaan melalui latihan on-the-job-training bagi meningkatkan kebolehpasaran mereka.



INSENTIF PERANTISAN

Insentif yang diterima bagi majikan/perantis program ini termasuklah:

  • Bayaran RM1,000 kepada majikan yang mengambil lepasan sekolah dan graduan bagi Program Perantisan
  • Tempoh bayaran adalah selama 3 bulan dengan syarat kontrak perkhidmatan minimum 3 bulan
  • Gaji/elaun minimum adalah RM1,200 sebulan
  • Majikan hanya boleh memohon hanya 1 kursus latihan untuk perantis dengan kos maksimum RM4,000
  • Pekerja juga layak menerima elaun kesediaan kerja/bantuan



SYARAT KELAYAKAN

Syarat kelayakan untuk menyertai Program PenjanaKerjaya 2.0 ini adalah :

  • Warganegara Malaysia
  • Lepasan sekolah/graduan berumur 18-30 tahun
  • Calon yang masih menganggur dan tidak mempunyai pekerjaan tetap
  • Calon mengikuti mana-mana Program Perantisan yang berdaftar di mana-mana syarikat dan badan-badan berkanun

Calon yang TIDAK LAYAK mendaftar :

  • Pelajar menjalani Latihan Industri (internship)
  • Pelajar yang masih belum tamat pengajian
  • Bukan warganegara



SYARAT TAMBAHAN

  • Syarikat perlu berdaftar dan mengiklankan kekosongan bagi pengambilan perantis di portal MYFutureJobs
  • Setiap perantis yang diambil bekerja di bawah program ini perlu mencarum dengan PERKESO
  • Majikan layak memohon 3 bulan insentif PenjanKerjaya 2.0 di bawah kategori pekerja, sekiranya perantis berkenaan diserap sebagai kerja tetap


CARA PERMOHONAN PROGRAM PENJANAKERJAYA 2.0: 

1. Majikan yang berminat boleh membuat permohonan secara online melalui laman web : 


2. Bagi belia yang ingin menyertai Program Perantisan, sila daftar sebagai pengguna dan isikan maklumat untuk membuat permohonan melalui program yang ditawarkan melalui portal :


Tarikh permohonan bagi program ini akan bermula pada 1 Januari 2021 hingga 30 Jun 2021.



MAKLUMAT LANJUT

Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan melalui Pegawai perkhidmatan Pelanggan PERKESO :

  • Talian 03-8091 5300 / 1-300-22-8000 
  • e-mel : penjanakerjaya@perkeso.gov.my