Permohonan Berjumlah RM600 Kepada Para Pekerja 

Di bawah Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (Pemerkasa), kerajaan telah memperkenalkan Program KerjayaGig yang diuruskan di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

Untuk makluman, Program KerjayaGig adalah kesinambungan daripada Insentif Pengambilan Pekerja dan Program Latihan daripada Penjana Kerjaya 2.0 untuk individu yang mengambil pekerjaan jangka pendek dalam tempoh mendapatkan pekerjaan sepenuh masa.

BACA JUGA : PERMOHONAN RUMAH MAMPU MILIK KINI DIBUKA KEPADA GOLONGAN B40 (2021) ~ MOHON SEKARANG

OBJEKTIF PERLAKSANAAN PROGRAM KERJAYAGIG

  • Dapat meningkatkan skp insentif  pengambilan pekerja di bawah program penjana kerjaya 2.0 terhadap individu yang telah kehilangan pekerjaan serta menjadi pengangguran. 
  • Memindahkan semula tenaga kerja yang setelah lama tidak diguunakan sepenuhnya serta sedang bercuti tanpa diberikan gaji kepada pekerjaan sementara atau kerjaya GIG. 
  • Dapat menggalakkan individu yang terlibat untuk mengambil peluang pekerjaan melalui pekerjaan tidak formal ataupun kerjaya ekonomi gig. 

KADAR INSETIF BANTUAN

  • Bermula 17 March 2021
  • RM200 bagi penyedia perkhidmatan gig yang telah berdaftar di bawah PERKESO
  • Termasuklah organisasi , platform serta pertubuhan yang menyediakan penempatan pekerjaan sementara atau gig
  • RM600 untuk individu yang diambil bekerja untuk sendiri / gig sehingga 6 bulan.
  • TATACARA MEMBUAT PERMOHONAN

    • Pertama sekali , perkara ini melibatkan dengan pengiklanan jawatan kosong  www.futurejobs.gov.my
    • Perlu sentiasa memastikan pemilihan jenis kontrak di bawah bekerja sendiri; 
    • Mengambil pekerja untuk bekerja sendiri 
    • Menghantar permohonan Kerjayagig melalui soistem PenjanaKerjaya penjanakerjaya.perkeso.gov.my
    • Proses kelulusan akan dimaklumkan melalui emel kepada pekerja 
    • Majikan akan menerima bayaran dalam masa 30 hari

    SIAPAKAH LAYAK UNTUK MEMOHON?

    Untuk pengetahuan anda semua , perkara ini layak bagi individu yang bekerja sendiri ataupun gig daripada kategori berikut yang berkelayakan di bawah KerjayaGig. 

    • Pekerja yang telah berdaftar dengan PERKESO telah diberhentikan bekerja
    • Pekerja yang telah berdaftar dengan PERKESO telah menerima cuti tanpa diberikan gaji
    • Pencari kerja terdiri daripada golongan rentan, seperti pencari kerja yang sudah berdaftar dengan sistem e-kasih. 

    TEMPOH MEMBUAT PERMOHONAN 

    • Bermula 1 April - 30 Jun 2021