Perkhabaran gembira untuk semua anggota perkhidmatan awam atau kakitangan awam yang berkhidmat di bawah pentadbiran kerajaan negeri Selangor iaitu menerima bonus raya Aidilfitri pada tahun ini sekaligus memanfaatkan pemimpin masyarakat dan Penggerak Belia Selangor (PeBs).

Pemberian bantuan khas kewangan ini telah diumumkan oleh Menteri Besar Selangor pada 22 April 2021 yang lalu bahawa bantuan khas kewangan adalah sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM1,000.





TARIKH PEMBAYARAN BONUS AIDILFITRI

Tarikh pembayaran bonus 2021 dibuat pada tarikh seperti berikut:
  • pada 19 Mei 2021 (7 Syawal 1442H)


KADAR BANTUAN KHAS MENGIKUT KATEGORI

Bantuan Khas Kewangan akan diberikan mengikut kategori berikut :


1. Setengah Bulan Gaji atau Minimum RM1,000

Semua Anggota Perkhidmatan Kerajaan Negeri termasuk Anggota Perkhidmatan Kerajaan Negeri Di Bawah Penggajian Kerajaan Persekutuan



2. RM1,000

Pemimpin Masyarakat:

  • Pengerusi MPKK
  • Pegawai Perhubungan Kampung Baru / Bagan / Tersusun
  • Ketua Komuniti India
  • Penyelia Wanita Berdaya (PWB)


3. RM500

  • Penggerak Belia Selangor
  • Setiausaha MPKK dan Petugas Masjid Termasuk:
    • Nazir
    • Imam
    • Siak
    • Bilal


Pemberian bantuan khas kewangan ini akan dibayar selepas Hari Raya kerana tidak mahu penjawat awam berbelanja berlebihan dalam menyambut Aidilfitri. 

Pemberian bantuan ini adalah bagi menghargai jasa dan pengorbanan penjawat awam dalam menggalas tanggungjawab menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat terutamanya semasa negara mengharungi tempoh yang penuh cabaran ini.