Mulai hari ini, seramai 27,246 pelajar daripada keluarga asnaf boleh "membeli tanpa perlu membayar" pakaian dan peralatan persekolahan bagi sesi persekolahan tahun 2021.

Kadar bantuan sehingga RM400 disediakan untuk ditebus oleh pelajar:

  • Sekolah rendah / rendah agama
  • Sekolah menengah / menengah agama
  • Darul Kifayah
  • SMA-MAIWP
MAIWP mulai tahun ini memudahkan keluarga asnaf untuk mendapatkan kelengkapan persekolahan. Mereka hanya perlu:

  1. Hadir ke mana-mana 46 buah pasaraya/ kedai terpilih di sekitar Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya
  2. Pilih barangan yang diperlukan berdasarkan senarai yang dikeluarkan oleh MAIWP mengikut kadar yang ditetapkan.
  3. Pulang dengan hati gembira tanpa perlu membuat bayaran 
"Pembelian tanpa perlu pembayaran" atau dengan kata lain proses penebusan boleh dibuat mulai hari ini 23 Disember 2020 sehingga 30 April 2021.

Setiap pelajar telah ditetapkan kadar bantuan yang diperlukan dan secara keseluruhannya sebanyak RM9.13 juta dana zakat diperuntukkan bagi bantuan ini.

Terima kasih pembayar zakat MAIWP. Amanah anda MAIWP tunaikan.
Para penerima boleh semak kelayakanan link dibawah :

https://ebaitulmal.maiwp.gov.my/web/maiwp-kasih-asnaf-bantuan-pakaian-peralatan-persekolahan/
 
👉🏼
👉🏼
👉🏼
👉🏼