Datuk Seri Najib Tun Razak Mendesak Kerajaan Hapuskan Syarat Pengeluaran Skim i-Sinar KWSP



 

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan bahawa kerajaan perlu menghapuskan semua syarat pengeluaran skim i-Sinar Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dengan kadar yang segera.
Menurut beliau, kerajaan seharusnya melaksanakan skimtersebut sama seperti skim i-Lestari yang diperkenalkan sebelum ini iaitu tanpa syarat.
Baca JugaSemakan Status Pembayaran BPN 2.0 Januari 2021
"Saya baca ramai yang i-happy hari ini tapi ramai juga yang i-kecewa. Walaupun ketua kerajaan beritahu saya bahawa skim i-Sinar sudah elok dan suruh saya henti tekan kerajaan untuk hal ini, saya tetap mahu kerajaan hapuskan segala syarat pengeluaran dengan segera.
"Buatlah macam i-Lestari. Siapa yang rasa mereka ada keperluan, biarlah mereka keluarkan sedikit duit jika mereka masih ada baki dalam akaun. Bukan nak keluarkan semua pun. Cuma sehingga RM10,000 sahaja," katanya dalam statusnya di laman Facebook pada Isnin.
Kata beliau lagi, rakyat lebih mengetahui situasi sebenar mereka dan yakin wang yang dikeluarkan dapat dipulihkan dalam masa terdekat apabila keadaan ekonomi semakin baik.
"Maka, percayalah rakyat, sebab ini memang duit mereka (rakyat)," Kata Mantap Perdana Menteri.
Permohonan i-Sinar KWSP Kategori 1 bermula pada 21 Disember 2020 dan bagi Kategori 2 pula dibuka bermula 11 Januari 2021.
Semakan permohonan i-Sinar Kategori 1 boleh dilakukan bermula hari ini.
Baca JugaBaucar RM200 untuk Beli Barangan Elektrik Di Shopee
SYARAT KELAYAKAN I-SINAR BAGI KATEGORI 1
  • Pemohon mesti tidak mencapai umur 55 tahun
  • Sudah lama tidak mencarum
  • Suri rumah
  • Hilang pekerjaan
  • Diberi cuti tanpa gaji
  • Hilang sumber pendapatan.
Tiada dokumen perlu disertakan bersama permohonan dan kelulusan secara automatik berdasarkan data dalaman KWSP.
SYARAT KELAYAKAN I-SINAR BAGI KATEGORI 2
  • Pemohon mesti belum mencapai umur 55 tahun
  • Mengalami pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30 peratus dan ke atas sejak 1 Mac 2020.
Permohonan perlu disertakan dengan slip gaji dan notis pemberhentian atau pemotongan elaun atau jika tiada, perlu kemukakan dokumen lain seperti surat pengesahan majikan.

Post a Comment

0 Comments

Facebook Page