BANTUAN ZAKAT KECEMASAN COVID-19 BERJUMLAH RM500 (MAIWP)

PENGENALAN

Bantuan Khas COVID-19 ini merupakan salah satu usaha MAIWP bagi membantu meringankan beban orang awam susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat penularan wabak COVID-19.

Bantuan diberikan kepada penjaja/peniaga kecil, pekerja dan individu yang terjejas sumber pendapatan agar dapat meneruskan kelangsungan hidup dalam tempoh ini.


OBJEKTIF

  1. Membantu golongan pendapatan pertengahan yang terjejas dengan Perintah Kawalan Pergerakan wabak COVID-19.
  2. Membantu meringankan beban hidup golongan penjaja/peniaga kecil dan pekerja B40 agar mereka dapat meneruskan kehidupan dengan lebih baik.





BANTUAN ZAKAT KECEMASAN #MUSAADAHCOVID19 MAIWP

Dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini, MAIWP mengambil maklum bahawa ramai terkesan ekoran penularan wabak COVID-19. Oleh itu, MAIWP menawarkan bantuan kecemasan kepada mereka yang terjejas pendapatan dan tidak menerima Bantuan Kewangan Bulanan MAIWP.

SOALAN LAZIM BANTUAN ZAKAT BAITULMAL MAIWP : COVID-19

Saya terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan kerana COVID-19


 APAKAH SKIM BANTUAN YANG BOLEH DIMOHON SEMASA PKP INI ?
  • Skim Bantuan Kecemasan
BERAPAKAH JUMLAH BANTUAN INI ?
  • Tertakluk kepada keperluan dengan jumlah isi rumah diambil kira
APAKAH SYARAT KELAYAKAN ?
  • Menetap di Wilayah Persekutuan dan terputus perbelanjaan kerana tidak ada sumber pendapatan akibat PKP
GOLONGAN SASARAN :-
  1. Pemandu Teksi / e-Hailing
  2. Pengawal Keselamatan
  3. Peniaga-peniaga kecil yang terjejas dengan pendapatan
  4. Kehilangan pekerjaan akibat COVID19
  5. Golongan yang terkesan akibat COVID19

MAKLUMAT DAN PERTANYAAN LANJUT :-

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai permohonan Bantuan Zakar Kecemasan MAIWP, anda boleh hubungi MAIWP di saluran berikut :

  • Facebook Baitulmal 
  • No. Tel : Kuala Lumpur : 012 581 3614
  • No. Tel : Putrajaya : 011 5949 6216
  • No Tel : Labuan : 013 851 6066