Tarikh Pembayaran BPN 2.0 Oktober 2020 & Januari 2021.

Bila tarikh bayaran BPN? Tahniah kepada isi rumah dan individu bujang yang berjaya mendapat Bantuan Prihatin Nasional (BPN) Mereka yang telah check status penerimaan bantuan dan mendapati status mereka LULUS sudah pasti ingin tahu bilakah tarikh pembayaran BPN fasa 1 dan fasa 2 dibuat. Bagi mereka yang tidak berjaya boleh membuat permohonan baharu atau rayuan.

Maklumat terkini pembayaran BPN boleh dirujuk menerusi  Kenyataan Media Perdana Menteri Malaysia bertarikh 23 september 2020 yang dikongsikan dibawah. Untuk makluman, mereka yang layak menerima BPN boleh di semak melalui Portal Rasmi Bpn 


Pembayaran Bantuan Prihatin Nasional (BPN 2.0) Fasa Pertama Secara Berperingkat Mulai Hujung Oktober 2020.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Telah Mengumumkan melalui Kerangka Inisiatif Tambahan (KITA) PRIHATIN, Bantuan Prihatin Nasional BPN 2.0 akan diberikan kepada mereka yang berkelayakan. Permohonan  baharu dan rayuan akan dibuka pada tarikh yang akan dikemaskini.

Jumlah Bantuan BPN 2.0



Kaedah Pembayaran

Bayaran akan dibuat secara terus ke akaun bank berdaftar dibawah data Bantuan Sara Hidup (BSH) dan data percukaian Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).

Bagi penerima BPN yang tidak mempunyai akaun bank, pembayaran akan dibuat secara tunai selepas tamat Perintah Kawalan Pergerakan ( PKP).

Penerima bantuan di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak yang mempunyai akauan bank akan menerima pembayaran ini pada tempoh yang sama seperti di Semenanjung Malaysia. Bagi penerima pedalaman yang tiada akaun bank, BPN akan dibayar sekaligus dengan bayaran BSH 2020 Fasa 3

Maklumat Lanjut