Pengambilan Perajurit Muda (PjM) Udara TUDM Siri 64/2021 Kini Dibuka.

Peluang kerjaya dalam Tentera Udara, Pengambilan Perajurit Muda (PjM) Udara Lelaki Siri 64/2021
kini dibuka kepada seluruh rakyat Malaysia yang berkelayakan dan menepati syarat yang telah ditetapkan serta berminat untuk menceburi profesion ketenteraan.

Permohonan telah di buka dari 1 Oktober 2020 sehingga tarikh tutup permohonan iaitu pada 15 November 2020. Bagi yang berminat , MOHON SEGERA

SYARAT KELAYAKAN : 

Sekiranya anda berminat untuk memohon kemasukan Perajurit Muda Udara seperti yang diiklankan, anda mestilah memenuhi syarat kelayakan berikut :

Syarat asas :

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 tahun hingga tidak melebihi 24 tahun pada 1 Jun 2021
  • Penglihatan : Boleh melihat dengan jelas tanpa bantuan cermin mata atau kanta lekap & tidak                              rabun warna.
  • Pendengaran - Tahap pendengaran yang baik tanpa alat bantuan pendengaran 
  • Memiliki tahap kecergasan jasmani yang tinggi.
  • Taraf kesihatan - sihat, tidak cacat anggota badan, tidak pernah mengalami kecederaan serius seperti patah tulang, tidak menghidap penyakit lelah, tidak mempunyai penyakit kronik dan tidak mempunyai penyakit keturunan.

Syarat Fizikal : 

  • Tinggi : -Minima lelaki 1.62 m                                                                                                                          -Minima Wanita 1.57 
  • Berat : -Minima Lelaki 47.5 kg                                                                                                                      - Minima Wanita 40.5 kg
  • Indeks Jisim Berat (BMI) : -Indeks Jisim Badan Lelaki & Wanita Dianatara 18 hingga 25

Kelayakan Akademik :

  • SPM 
  • SVM
  • SKM TAHAP 2
  • SKM TAHAP 3
  • DIPLOMA KEJURUTERAAN

CARA MEMOHON

Anda memenuhi syarat kelayakan dan berminat untuk mohon ? Ikuti panduan berikut:

  1. Pergi ke laman KERJAYA DAN PENGAMBILAN TUDM
  2. Daftar sebagai pemohon (bagi yang belum mempunyai akaun pemohon)
  3. Log masuk ke bahagian pemohon
  4. kemaskini maklumat peribadi, maklumat SPM/SVM, maklumat SIJIL/DIPLOMA dan maklumat sukan
  5. Isi borang permohonan pada tarikh yang ditetapkan dan pilih Pusat Pemilihan Awal yang berhampiran dengan anda.
Borang permohonan atas talian hanya dibuka mengikut tarikh yang ditetapkan. Pemohon perlu membuat permohonan sebelum 15 November 2020. Semakan permohonan boleh dibuat di ruangan permohonan.

Pemohon yang berjaya perlu melaporkan diri ke Pusat Pemilihan Awal Perajurit Muda Udara mengikut pusat yang dipilih semasa memohon.