Tan Sri Muhyiddin Yassin Menyampaikan Ucapan Beliau  Di Majlis Perjumpaan Pemimpin Masyarakat Bersama Perdana Menteri Di Sandakan

SANDAKAN : Tan Sri Muhyiddin Yassin mengusulkan supaya bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang pada masa ini berjumlah antara RM200 dan RM300 kepada mereka yang layak dinaikkan RM1,000.

Perdana Menteri berkata, cadangan itu akan beliau kemukakan pada mesyuarat jemaah menteri minggu depan.

Katanya, beliau tahu kemyataan itu memberikan implikasi yang besar tetapi tidak peduli.

Perkara yang penting ialah kehidupan rakyat Malaysia kita yang berada di akar umbi, mereka sudah sengsara terlalu lama. Mereka ini adalah rakyat yang masih hidup, tetapi dengan pendapatan kecil, sukar untuk meneruskan kehidupan seharian.

"Kalau mereka sakit, saya tidak jamin mereka boleh hidup sejahtera," katanya ketika berucap sempena Majlis Perjumpaan Pimpinan Masyarakat bersama Perdana Menteri di Sandakan, di sini hari ini.

Muhyiddin berkata, beliau sedih dengan nasib golongan tersebut walaupun negara kita sudah lama merdeka dan usaha membantu golongan B40 adalah aspirasi kerajaan Perikatan Nasional (PN) di bawah pimpinannya.