Bantuan JKM ini dihulurkan kepada sesiapa yang layak sahaja setelah melalui proses siasatan untuk penilaian bagi meringankan beban penerima bantuan untuk menjalani kelangsungan dan kesejahteraan hidup.sekeluarga.
Berikut adalah senarai bantuan yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat yang  boleh mohon setakat ini:
1. Bantuan Kanak-Kanak (BKK) – RM100 sebulan hingga RM450 sebulan sebulan
2. Elaun Pekerja Cacat (EPC) – RM400 sebulan
3. Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB) – RM250 sebulan
4. Bantuan Penjagaan OKU Terlantar/ Pesakit Kronik Terlantar (BPT) – RM350 sebulan
5. Bantuan Orang Tua (BOT) – RM350 sebulan
6. Bantuan Am Persekutuan (BA) – RM100 hingga RM350 sebulan
7. Bantuan Anak Pelihara (BAP) – RM200  hingga RM500 sebulan
8. Bantuan Latihan Perantis (BLP) – RM200 sebulan
9. Bantuan Geran Pelancaran (GP)
10. Bantuan Alat Tiruan/ Alat Sokongan (BAT)
11. Tabung Bantuan Segera (TBS)
Bagi anda yang sangat memerlukan bantuan ini, anda dikehendaki terus ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara.
Setiap permohonan yang dibuat akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon. Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang menuruti kepada kelayakan dan bukan hak.
Untuk memudahkan urusan, pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian

Dokumen Yang Diperlukan :

  • salinan Kad Pengenalan diri pemohon
  • salinan Kad Pengenalan suami dan isteri , ibu dan bapa atau anak yang tinggal bersama
  • salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama dirumah
  • salinan penyata gaji (jika ada)
  • lain-lain dokumen yang berkaitan
Anda boleh download borang berkaitan dibawah ini:

1. KM 18 (Borang Permohonan Bantuan) - Download

2. Borang Kemaskini Maklumat JKM 20 - Download