Kaedah Penilaian Semasa Temuduga – Tips Temuduga Kerajaan


Cara Penilaian Semasa Temuduga | Temuduga adalah tahap terakhir yang menentukan sama ada anda layak untuk menjawat-jawatan yang dipohon ataupun sebaliknya. Oleh hal yang demikian, hari ini kami ingin berikan beberapa kaedah yang digunakan oleh panel penemuduga untuk menilai anda semasa anda ditemuduga.

Kaedah Penilaian Semasa Temuduga

Selepas anda ditemuduga panel temuduga akan memberikan anda markah dengan penilaian seperti berikut:-
  • Amat baik
  • Baik
  • Sederhana
  • Lemah
  • Catitan

Antara Faktor Penyumbang kepada Pemarkahan

  1. Perwatakan ata penampilan diri Panel Temuduga akan melihat dari segi penampilan diri anda,pemakaian anda dan kekemasan diri.
  2. Tingkah lakuDinilai melalui kelakuan anda,pengawalan emosi,kejujuran,kesopanan dan juga ketenangan.
  3. Kemahiran bertuturDinilai melalui cara anda bercakap iaitu tenang,mudah difahami,bercakap dengan lancar,perbendaharaan kata dan penyampaian yang jelas.
  4. KeyakinanDinilai melalui keyakinan diri iaitu kematang sikap,pendapat, ketabahan dan pasti dalam menyatakan sesuatu.
  5. KewibawaanDinilai melalui Personalitu yang tegas dan bertenaga mempunyai kemahiran untuk meyakinkan dan mempertahankan hujah.
  6. Motivasi
    Mempunyai kadar kesungguhan dan semangat yang tinggi untuk menjawat jawatan yang ditawarkan.
  7. PembawaanDinilai melalui kemesraan dan kemampuan bergaul,perangai,kawalan emosi dan mempunyai pemikiran diluar kotak.
  8. KecerdasanKeupayaan kritikal thinking yang tinggi, boleh menjawab soalan dengan baik,berfikiran logik dan membina.
  9. PengetahuanDinilai berdasarkan isu-isu semasa yang terjadi dan popular jadi pastikan anda mengambil tahu hal-hal semasa.
Oleh itu, dengan Kaedah Penilaian Semasa Temuduga yang kami berikan ini dapat memberikan anda info tentang bagaimana cara pemarkahan kebanyakan temuduga dijalankan dari itu anda dapat mengelakkan melakukan perkara-perkara yang mungkin boleh menganggu permarkahan temuduga anda.
Kami harap anda dapat share post ini kepada kawan-kawan anda ianya mungkin berguna untuk mereka.