Seorang Wanita Berwajah Manis Telah Menikan Ibu Kandungnya Sendiri Sebanyak 151 Kali

Nama Isabella Guzman kembali diwara-warakan di sosmed setelah tular video gadis ini berjalan memasuki mahkamah dengan wajah yang cantik dan comel.
Video tersebut mendapat pelbagai reaksi dan pujian warga maya. Sesetengah yang mengecam dan ada yang memuji kecantikan gadis berkenaan.
“Pakai baju lokap pun lawa dan main,” 
Tambahan pula, ada citizen yang menekankan bahayanya penyakit mental yang tidak dirawat kepada pesakit dan orang sekeliling hingga boleh menjurus kepada kes pembunuhan yang tidak dijangka.
Isabella sempat melemparkan senyuman kepada kamera di mahkamah.

Siapakah Isabella Guzman?

Isabella didakwa menikam ibu kandungnya sebanyak 151 kali di tempat tinggal mereka, Colorado pada Ogos 2013 yang lalu.
Menurut Daily Mail, gadis ini mempunyai masalah dengan ibunya, Yun Mi Hoy, membuatkan wanita itu takut lalu membuat laporan kepada pihak polis bagi mendapatkan perlindungan.
Sehari awal sebelum kejadian, Isabella didakwa meludah kearah ibunya dan menghantar emel ugutan atau paksaan berbunyi, “Kau akan bayar.”
Pada hari berlakunya kejadian itu, pihak polis datang ke rumah mereka setelah laporan diterima. Anggota polis sempat memberi amaran tegas  kepada remaja 18 tahun itu (pada waktu itu) agar menjaga adab, kerana dia boleh dihalau dari rumah berkenaan oleh ibunya.
Bapa tiri Isabella berkata, Ryan Hoy, gadis itu hanya berkurung di dalam bilik pada hari kejadian.

Takut dengan anak sendiri, Yun Mi Hoy menghubungi bekas suaminya (Ayah Kandung Isabella) untuk menasihati gadis tersebut.

Tiga jam sebelum tragedi terebut, ayah kandung kepada Isabella, Robert Guzman datang ke rumah dan berbual dengan anaknya Isabella.
Dia sempat menasihati gadis cantik itu agar menghormati orang tua, beranggapan bahawa dia mampu mengubah fikiran gadis berkenaan.
“Semasa berbual, saya ingatkan ada kemajuan. Tetapi nampaknya ia tidak berkesan kerana beberapa jam kemudian, (pembunuhan) terjadi,” kata Guzman.
Pada 10.11 malam, bapa tiri Isabella membuat panggilan kecemasan yang memberitahu anak tirinya memukul isterinya di dalam bilik air yang  sedang terkunci.
Katanya dalam afidavit, mangsa baru pulang dari kerja sekitar jam 2130 dan naik ke tingkat atas untuk bersihkan diri.
Ketika itu, dia terdengar bunyi bising di tingkat atas dan isterinya teriak dengan kuat namanya.
Ryan Hoy berlari ke arah tingkat atas namun Isabella segera menutup dan mengunci pintu tandas sebelum dia melihat darah mula mengalir melaui bawah pintu.
Lelaki itu kemudiannya lari turun ke bawah untuk membuat panggilan kecemasan sebelum naik ke atas semula dan mendapati Isabella berdiri di pintu sambil memegang pisau.
Tanpa menyebut satu perkataan pun, gadis tersebut kemudiannya keluar dari tandas dan hanya memandang terus ke hadapan ketika berjalan melintasinya.
Apabila pihak polis tiba di tempat kejadian, mereka melihat jasad Yun Mi Hoy yang dipenuhi kesan luka dan tikaman beserta kayu besbol berhampirannya. Mangsa disahkan meninggal dunia pada jam 2228 di tempat kejadian.
Hasil pembedahan siasat mendapati wanita itu mengalami 151 tikaman termasuk 31 tikaman di muka dan 48 di leher.
Isabella ditahan pada hari berikutnya.

Berpura-pura sebagai orang lain

Gambar: Google
Selepas melakukan pembunuhan, Isabella dikatakan lari daripada rumah dan menuju ke tandas di sebuah kedai yang berdekatan
Gadis tersebut kemudiannya memcuci rambut dan menggantikan pakaian sebelum memberitahu pekerja supaya tidak melaporkan kepada polis.
Dia mendakwa dirinya telah diperkosa dan tidak ingin pulang ke rumah, katanya kepada pekerja kedai tersebut seperti dilaporkan media.
Semasa polis berjaya memberkas gadis itu pada hari berikutnya, dia memberitahu anggota polis bahawa dia bukan seeorang suspek yang dicari.
Dia mengaku sebagai Samantha Gonzales dari Cincinnati, dia dilaporkan  bahawa mendakwa gambar yang ditunjukkan pihak polis bukan dirinya.
“Dia kelihatan seperti saya, tapi bukan  aku,” katanya ketika polis menunjukkan kad pengenalan miliknya kepadanya.
Walau bagaimanapun, anggota polis berjaya menahan remaja itu. Pada keesokan hari, Hakim memerintahkan remaja itu ditahan tanpa ikat jamin.

Didakwa atas pembunuhan kelas satu

Isabella didakwa atas tuduhan membunuh kelas satu setelah membunuh ibu kandungnya.
menurut Denver Post, detektif tidak mendapati petunjuk jelas dan nyata mengenai motif pembunuhan.
Bapa tiri Isabella mendakwa tingkah laku remaja itu sangat luar biasa. Selain itu, dia dan isteri (ibu kandung Isabella) telah menghantar remaja ,manis itu kepada bapa kandungnya ketika Isabella berumur sekitar 7 tahun.
Walau bagaimanapun, ibu saudara Isabella, Melanie Guzman mendakwa gadis itu seperti remaja lain ketika menziarahi keluarga berkenaan.
Dia boleh marah, namun bertindak kejam seperti membunuh merupakan sesuatu yang di luar karakternya, kata wanita itu.
Melanie melaporkan percaya terhadap ada kelompongan dalam penyiasatan pihak polis.
“Perwatakan cukup manis. Dia sangat baik. Saya dapat melihatnya menjerit, berjalan pergi dan mengurung dirinya di dalam bilik dan menghidupkan iPodnya, tetapi bukan bertindak kejam seperti itu,” kata Melanie.
Isabella kelihatan seperti remaja normal di sosial medianya. (Gambar: Google)

Dibebaskan apabila sah mempunyai masalah penyakit mental

Hasil perbicaraan di mahkamah, mahkamah telah membebaskan remaja manis tersebut berkenaan susulan pengesahan yang disahkan oleh Institut Kesihatan Mental Colorado, Pueblo mendapati suspek menghidap penyakit gangguan mental.
Berdasarkan testimoni, Dr Richard Pounds mengesahkan bahawa Isabella menghidap paranoid skizofrenia.
“Ada tanda jelas halusinasi. Dia merenung ke arah ruangan kosong, berbual dengan orang yang tidak wujud langsung dan mentertawakan dirinya sendiri,” kata Dr Richard.
Peguam Daerah, George Brauchler dilapor berkata, “Kerja peguam daerah adalah menegakkan keadilan. Jika melihatt kes ini, kamu akan melihat pembunuhan dahsyat dan kejam dari seorang anak yang baik terhadap ibunya.
“Saya tidak pernah melihat mangsa dengan sangat banyak kesan tikaman seperti ini sebelum ini. Dia ditikam lebih 150 kali. Jadi anda ingin pelaku bertanggungjawab,” katanya.
“Tetapi sistem kita bukan hanya dipenuhi hukuman atau dipenjara, hal ini juga terikat dengan keadilan, dan anda harus melihat komponen ini, sebagai kesihatan mental,” tegas Brauchler.
Katanya lagi, hospital mental mempunyai peluang untuk memerhatikan kesihatan mental Isabella dengan memberi ubatan dan rawatan yang boleh memberi kesan kepada psikologi remaja tersebut.
“Kesimpulannya, Isabella mengalami masalah mental yang membuatkan dia tidak mampu membezakan betul atau salah, baik dari segi moral atau undang-undang.”
Bukan itu sahaja, gadis itu kemudiannya dilaporkan lalu dihantar ke Institut Kesihatan Mental Colorado Pueblo.
“Dia akan dirawat sehingga tidak membahayakan diri sendiri dan komuniti di sekeliling. Mungkin  selama satu tahun, dua tahun. Mungkin juga kesemua sisa hidupnya,” kata Brauchler.