Pendaftaran eKasih Dan Semakan Status, Dapat Bantuan Kerajaan!



Pendaftaran eKasih Dan Semakan Status, Dapat Bantuan Kerajaan!


Pendaftaran eKasih Dan Semakan Status, Dapat Bantuan Kerajaan! Berminat untuk daftar eKasih? Berita baik buat warganegara Malaysia yang berpendapatan dibawah  RM1,500 sebulan. Untuk makluman lebih kanjut, kini pendaftaran dan semakan status permohonan e-Kasih boleh dimohon secara atas talian (online) menerusi portal rasmi eKasih atau hadirkan diri ke Pejabat Pembangunan Negeri (PPN)/ Pejabat Daerah yang berdekatan.
e-Kasih adalah merupakan satu pangkalan data keluarga kurang mampu yang dihasilkan oleh kerajaan untuk membantu, melaksana dan membasmi masalah kemiskinan di Malaysia. Seluruh Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR) yang berpendapatan kurang daripada RM1,500 (bandar) dan RM1,000 (luar bandar) sebulan layak memohon e-Kasih. Terdapat pelbagai kelebihan untuk penerima eKasih iaitu rebat elektrik RM40, program i-Suri KWSP dan Bantuan Sara Hidup.(BSH)

PENDAFTARAN EKASIH DAN SEMAKAN STATUS, DAPAT BANTUAN KERAJAAN!

Berikut dikongsikan adalah tentang maklumat e-Kasih termasuk memaparkan syarat kelayakan, cara daftar dan semakan status serta soalan lazim :

SYARAT - SYARAT KELAYAKAN PENDAFTARAN EKASIH

Masyarakat yang berpendapatan di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa boleh mendaftar. Antara syarat-syarat kelayakan pendaftaran eKasih adalah iaitu :
  1. Warganegara Malaysia
  2. Ketua isi rumah berkeluarga
  3. Berpendapatan isi rumah di bawah RM1,500

LANGKAH-LANGKAH PENDAFTARAN EKASIH

Bagi individu yang layak hendaklah menghadirkan diri ke Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) atau Pejabat Daerah atau melalui telefon pintar, surat atau e-mel rasmi atau membuat laporan atau mendaftar kes kemiskinan melalui Pemimpin Tempatan, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) atau Majlis Perwakilan Penduduk (MPP).

SEMAK STATUS PENDAFTARAN EKASIH ONLINE

  1. Untuk membuat semakan status permohonan e-Kasih boleh merujuk menerusi halaman https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/Pages/CarianAwam.aspx
  2. Kemudian, masukkan No. Kad Pengenalan dan ‘Klik Untuk Carian’.

SENARAI BANTUAN KERAJAAN MELALUI EKASIH

1. i-Suri KWSP
Untuk suri rumah yang tersenarai dalam eKasih boleh membuat caruman KWSP menerusi i-Suri.
2. Bantuan bil elektrik percuma
Bagi yang tersenarai dalam eKasih layak mendapat rebat RM40 elektrik TNB percuma setiap sebulan.
3. Bantuan Sara Hidup
Untuk  penerima eKasih layak menerima Bantuan Sara Hidup mengikut kadar bayaran ditetapkan oleh kerajaan.