Tabung Bantuan Baitulmal Sarawak KAMEK

3 Program Utama Saluran Agihan Zakat Asnaf

Antara kemudahan menggunakan portal ini ialah untuk memudahahkan anda mendapatkan maklumat lengkap tentang produk bantuan yang boleh dipohon oleh golongan asnaf, iaitu mereka yang layak menerima bantuan yang disediakan seperti program berikut :

  • Program Membangun Institusi Islam\
  • Program Mengukuhkan Tradisi Keilmuan
  • Program Memantapkan Kebajikan Ummah
Melalui portal BAITULMAL KAMEK juga pemohon boleh memohon secara atas talian atau mana-mana bantuan yang hendak dipohon.

Cara Membuat Permohonan Melalui Portal BAITULMAL KAMEK, Anda Perlu :


  1. Klik BANITULMAL KAMEK dan Klik DAFTAR AKAUN untuk permohonan baru.
  2. Isikan maklumat dengan lengkap seperti yang tertera
  3. Klik DAFTAR
  4. Setelah selesai mendaftar akaun baru, anda boleh LOG MASUK dengan memasukkan  NOMBOR KAD PENGENALAN dan KATA LALUAN. Klik LOG MASUK untuk urusan permohonan anda.